12.27.2010

Melaka 2010

Sebut saja bercuti siapa yang tak nak bercuti. Untungnya aku keje sebagai cikgu, bila murid bercuti sekolah..maka aku pun tak terkecuali :) tu yang seronoknya. Awal cuti sempat aku balik bercuti seminggu kat Kedah. Tapi sekejap sgt rasa bila terpaksa balik ke Johor menguruskan segala tanggungjawab aku terhadap kokurikulum :). Habis saja uruskan keje aku, terus aku plan ke Melaka dengan my lovely sis, Ct. 3 hari 2 malam kat Melaka terasa tak cukup ja! Ikutkan hati mau ja dok lama2 kat Melaka..hayati keindahan yang ada. Orang Melaka pun ramah belaka. Dari Air Keroh sampai la ke Bandar Hilir, aku redah jer tempat-tempat menarik kat sana. Taman Buaya sampai la ke Taman Mini Asean aku jengah..Lengoh kaki tak payah cerita. Kenangan terindah kat sana  off course masa horse feeding yang menjijikkan ~yukss abis tapak tangan aku penuh air liur kuda. Dan tak lupa chipmunk yang jinak menagih simpati mintak muffin yang lazat di tangan aku dan adik~Takut dan gerun jugak mulanya kalau-kalau chipmunk ni gigit!Erghh kalau citer memang tak abis la rasanya..Lets the picture tell us the story :)


di hadapan Kota A' Famosa (gamaknya dolu2 nak tawan Melaka la...pakai meriam nie ker?)


naik beca  

muzium samudera ~cantik sangat kapalnya waktu malam

 bangunan merah. CANTIK!

Ikutkan ada banyak lagi pic. Malas plak tggu lama nak upload pic ni. Opss sebelum terlupa ni lah chipmunk yang tak segan silu mintak muffin aku berkali- kali..Gamaknya sedap tak bau muffin tu :)     


7.08.2010

Bila Aku Mula Sibuk....

Minggu ini dan minggu depan aku antara orang yang paling sibuk di sekolah!Mana taknya program SEGAK fasa 2 akan dijalankan...Aduh pening memikirkan anak2 didik di SMKKP masa akan SEGAK dijalankan nanti...Mesti ada yang cabut lari! Gamaknya budak2 ni minat apa ya??? Belajar pun tak minat apatah lagi ujian kecergasan yang salah satunya dari cabang sukan dan kecergasan! Aku nak kena cari pembantu tuk SEGAK lagi di kalangan pelajar bagi jadi tutor untuk bertugas di sesi petang. Kalau harapkan guru jer uh....tak terkawal budak2 SMKKP nie!!! Anak-anak eh cuba la senangkan keje cikgu..yang dapat faedah korang jugak!!!

Dalam kesibukan aku ni, sampai idup pun tak berapa terurus sket. Hah bilik aku sepah ngan kertas kerja..Macam orang ader projek berjuta jer lagaknya!Hahaha..Makan pun dah tak ikut time!Makin kering la aku jawabnya. Tak pa lah demi kerja aku gagahkan jua. Chaiyok feesya!

7.04.2010

Betulkah Tindakan Aku....

Orang kata bila cinta, kedua belah mata kebiasaanya akan buta menilai mana satu intan yang mana satu kaca...Pening kepala memikirkan kerenah si buah hati bila dapat tahu dia permainkan hati dan perasaan serta mengambil kesempatan pada wanita lain. Siapakah aku di sisinya? Pada wanita lain katanya kasih tapi pada aku di kata cinta? Mudah kan bicara manis yang lelaki taburkan?

Memang susah untuk aku undur diri bila hati dah sayang walaupun dah tahu perangainya begitu...Teringat kata-kata seorang cikgu kat sekolah kalau kita berkehendakkan orang yang kita sayangi dan perangainya tak menepati apa yang kita ingini, bersujudlah pada yang Maha Esa  dan berdoalah dengan apa yang kita inginkan..Hanya Allah mampu mengubah segalanya kerana dialah juga yang menjadikan makhluknya itu.....Doaku "Ya Allah... Tunjukkan kepada aku yang benar dan jadikan pilihan aku itu mengikuti yang benar itu." 

Banyak kawan aku nasihatkan agar tinggalkan saja lelaki sebegitu!Tapi aku sayang nak tinggalkan. Sebab aku yakin dengan keputusan aku!Memang kalau kita PAKSA seseorang itu berubah susah seseorang itu akan berubah..Tapi kalau kita guna kaedah sebetulnya untuk membetulkan apa yang kita tak suka, insan itu akan berubah dengan sendirinya..Aku tak pernah nak tunjukkan kemarahan walaupun dalam hati aku marah dan kecewa dengan tindakannya.. Bagi aku baik gunakan pendekatan psikologi...Aku sentiasa ingatkannya pada kehidupan yang sementara. Aku kirimkan mesej2 yang mampu membuatkan dia berfikir sejenak dengan kata-kata tersebut..Sabar itu indah! Moga dengan kesabaranku ini aku beroleh apa yang aku kehendaki.

Namun kadangkala terdetik di hati teguhkah aku dalam menanti semua ini? Terfikir juga betulkah tindakan yang aku buat? Cuma takut mencurah air di daun keladi..Ya Allah teguhkanlah hati hamba mu ini. Dekatlkanah aku dan dia dengan diri MU Ya Allah..Lindungilah kami dari segala dosa-dosa yang kecil mahupun yang besar. Amin Ya Rabbal Alamin.....



6.12.2010

DIY - BOOKMARK



Dalam boring-boring aku masa cuti kat kampung , tak tau nak buat apa sempat lagi aku cari idea buat “boomark” untuk anak-anak murid aku yang dapat score A dalam geografi. Yez..aku dah janji nak kasi hadiah! Walaupun tak seberapa, inilah hadiah yang tak ternilai dari aku hasil buatan tangan aku sendiri. Hopefully anak-anak didik aku suka apa yang aku hasilkan nie... :)

6.11.2010

SELAMAT AKHIRNYA

Sekian lama aku tak mencoret diblog..meh ni masanya yang lapang tuk aku coretkan something kat blog aku nie!!

:) Alhamdulillah selesai sudah majlis kawen adik aku , Siti dengan pasangannya Mizan. Wah tak caya aku dapat adik ipar same age dengan aku dan pernah satu sekolah plak tue!! Banyak jugak tetamu hadir sampaikan naik penat aku ke sana ke mari..Yang sedihnya handset aku pun sempat lagi orang sambar waktu kenduri. Tak pa lah bukan rezeki aku! Tapi yang aku kesalnya kenapa lah orang suke panjang tangan eh..Ambil benda bukan hak? Tak takut ker kalau orang yang teraniaya tu doakan sesuatu yang tak baik kat dia?? Dah nama MANUSIA, lain orang lain perangai dan hati budinya!!!!




Tengok adik aku punya majlis, terfikir lah bila pulak la majlis aku???Nak kata aku memilih tak juga! :) Insya Allah kalau "dialah" yang Allah temukan buatku, aku terima seadanya. Wait for my turn k...Siti & Mizan, Kak Sya doakan semoga berkekalan hingga ke akhirnya & cepat-cepat la timang anak bolehla aku jadik auntie Sya nanti :P

1.10.2010

TAHUN BARU MENJELMA LAGI

2010...Rupanya sudah seminggu menganjak ke tahun 2010. Sibuk bukan kepalang. Sampaikan tak sempat aku nak update blog sendiri. Tapi kesempatan yang ada aku gunakan juga untuk mencoret apa yang berlaku pada awal tahun 2010 ni. Di sekolah, guru lah yang paling sibuk untuk menerima kehadiran pelajar baru. Aku tak terkecuali. Alahai dengan anak murid di sekolah seramai 3000 pelajar manakan mungkin untuk aku mengingati semua pelajar SMKKP ni. Parah nak ingat. Lagilah parah mengingatkan program yang saban tahun aku jalankan. Kalau tak bukan SEGAK (Ujian Kecergasan. Aduh2 kena proper planning nie..Maunya tak tidur malam nak fikirkan program aku nie dengan penyertaan semua pelajar!

Esok akan bermula la aktiviti petang aku di sekolah..Nak kemaskan bilik sukan lagi. Then dengan latihan rumah sukan pulak tulatnya. Awal tahun gini lah... aku akan mula menjadi "dayang senandung". Kulit hitam tue tak payah kata laa..terik dipanah mentari..so no more foundation no more make up..ditinggalkan buat seketika..cuma hanya disapu gloss dibibir dan sunblock di muka... Nasib la kan dah cikgu PJ terimalah seadanya...lain la kalau option lain yang tak perlu susah payah turun padang...

Nantikan esok saja tunggu dan lihat bagaimana..adios tiba masa nak tido..karang lewat pulak aku bangun pagi!!!!