7.08.2010

Bila Aku Mula Sibuk....

Minggu ini dan minggu depan aku antara orang yang paling sibuk di sekolah!Mana taknya program SEGAK fasa 2 akan dijalankan...Aduh pening memikirkan anak2 didik di SMKKP masa akan SEGAK dijalankan nanti...Mesti ada yang cabut lari! Gamaknya budak2 ni minat apa ya??? Belajar pun tak minat apatah lagi ujian kecergasan yang salah satunya dari cabang sukan dan kecergasan! Aku nak kena cari pembantu tuk SEGAK lagi di kalangan pelajar bagi jadi tutor untuk bertugas di sesi petang. Kalau harapkan guru jer uh....tak terkawal budak2 SMKKP nie!!! Anak-anak eh cuba la senangkan keje cikgu..yang dapat faedah korang jugak!!!

Dalam kesibukan aku ni, sampai idup pun tak berapa terurus sket. Hah bilik aku sepah ngan kertas kerja..Macam orang ader projek berjuta jer lagaknya!Hahaha..Makan pun dah tak ikut time!Makin kering la aku jawabnya. Tak pa lah demi kerja aku gagahkan jua. Chaiyok feesya!

7.04.2010

Betulkah Tindakan Aku....

Orang kata bila cinta, kedua belah mata kebiasaanya akan buta menilai mana satu intan yang mana satu kaca...Pening kepala memikirkan kerenah si buah hati bila dapat tahu dia permainkan hati dan perasaan serta mengambil kesempatan pada wanita lain. Siapakah aku di sisinya? Pada wanita lain katanya kasih tapi pada aku di kata cinta? Mudah kan bicara manis yang lelaki taburkan?

Memang susah untuk aku undur diri bila hati dah sayang walaupun dah tahu perangainya begitu...Teringat kata-kata seorang cikgu kat sekolah kalau kita berkehendakkan orang yang kita sayangi dan perangainya tak menepati apa yang kita ingini, bersujudlah pada yang Maha Esa  dan berdoalah dengan apa yang kita inginkan..Hanya Allah mampu mengubah segalanya kerana dialah juga yang menjadikan makhluknya itu.....Doaku "Ya Allah... Tunjukkan kepada aku yang benar dan jadikan pilihan aku itu mengikuti yang benar itu." 

Banyak kawan aku nasihatkan agar tinggalkan saja lelaki sebegitu!Tapi aku sayang nak tinggalkan. Sebab aku yakin dengan keputusan aku!Memang kalau kita PAKSA seseorang itu berubah susah seseorang itu akan berubah..Tapi kalau kita guna kaedah sebetulnya untuk membetulkan apa yang kita tak suka, insan itu akan berubah dengan sendirinya..Aku tak pernah nak tunjukkan kemarahan walaupun dalam hati aku marah dan kecewa dengan tindakannya.. Bagi aku baik gunakan pendekatan psikologi...Aku sentiasa ingatkannya pada kehidupan yang sementara. Aku kirimkan mesej2 yang mampu membuatkan dia berfikir sejenak dengan kata-kata tersebut..Sabar itu indah! Moga dengan kesabaranku ini aku beroleh apa yang aku kehendaki.

Namun kadangkala terdetik di hati teguhkah aku dalam menanti semua ini? Terfikir juga betulkah tindakan yang aku buat? Cuma takut mencurah air di daun keladi..Ya Allah teguhkanlah hati hamba mu ini. Dekatlkanah aku dan dia dengan diri MU Ya Allah..Lindungilah kami dari segala dosa-dosa yang kecil mahupun yang besar. Amin Ya Rabbal Alamin.....