1.24.2011

Di Mana Silapnya?


Aduhai penatnya mengajar hari ni...Kerenah anak-anak didik kelas BM aku hari ni makin hari makin melampau. Itu baru awal tahun. Gamaknya macam mana la sampai akhir tahun nanti. Nak ditengking dan dibebelnya nanti dikata kita ni kaki bebel pulak. Aku bukan suka nak bebel tak tentu pasal. Alih-alih dua org pelajar yang suka buat hal ni aku suruh berdiri atas kerusi. Mau terdiam budak-budak tu. Tapi sekejap jer diamnya.. Then start semula bising. Sambil menulis karangan sambil potpoet pot pet..Tangan aja jalan dah la ni mulut pun nak bergerak jugak. Aku ni dah geram sangat jadi pak guard pandang atas bawah menjeling pelajar  yang bising..Mau senyap semula!

Terfikir sekejap aku..kenapa ya budak-budak ni?Kalau ikut teori errr..teori apa tah masa aku study kat Upsi dulu pelajar yang tak duduk diam kaki bising nie dulunya waktu kecil tak cukup menyusu..Betullah gamaknya kot teori tu. Ada pulak budak aku bila ditegur sebab campur aduk penulisan dengan komsas dalam satu buku dengan selamba menjeling pulak kat aku..Eh..eh..biadap pulak budak ni! Diingatnya aku ni siapa?Kawan? Harap-haraplah kalau aku ada anak nanti anak aku bukan biadap mcm tu pada guru.



Kalau tgk pic ni teringat pengurusan kelas hanya dicover dengan teori di Ipta..Hakikatnya gambaran sebenar cikgu jer dapat merasainya tidak polis, tidak nurse mahupun ibu bapa.. So ketahuilah cikgu-cikgu ni banyak bersabar dengan karenah budak-budak yang datang dari pelbagai latar belakang....Janganlah dituding jari pada guru saja kalau ada di kalangan anak didik masih ada yang kurang adab sopannya walaupun sudah diajar dan didik supaya beradab. Tenung kembali apa yang berlaku di luar sekolah umpamanya di rumah. Ibu bapa sekalian kawallah anak anda dan  serapkanlah nilai-nilai murni di kalangan permata hati anda!Usah terlalu sibuk mencari dan mengejar rezeki sehingga amanah Allah diabaikan. Natijahnya sama2 kita didik anak-anak tersebut supaya jadi bangsa berguna.