7.22.2012

Apa?Tiket Bas & KTM Habis Dijual?

Baru 2 Ramadhan,  gempar tiket bas dan tiket keretapi habis dijual. Wah dahsyat! Maknanya sebelum puasa lagi tiket-tiket ini telah pun dijual. Nampak sangat saya ni tidak alert dengan semua ni. Almaklumlah pengangkutan awam bukan lagi kenderaan utama saya. Sejak mengajar di Johor saya tidak lagi bersesak-sesak malah tergesa-gesa beli tiket awal kerana saya pulang ke kampung dengan berkereta. Tidak macam dulu (suatu ketika saya pernah bekerja di Kuala Lumpur) pengangkutan awam lah kenderaan utama saya.

Pernah saya menangis gara-gara tiket yang dibeli tiket palsu walhal dibeli di kaunter tiket. Lumrah ditipu hidup-hidup ketika musim perayaan. Haha sungguh nostalgia. Di malam raya menanti bas tak kunjung tiba. Nasib ada adik bersama-sama. Dan nasib juga menyebelahi bila kebetulan terdapat bas tambahan yang mempunyai dua kekosongan. Alhamdulillah rezeki..balik jugak walaupun lewat hingga tiba di pagi raya. Ohh bila dikenang sungguh nostalgia haha...

Apapun...dengar berita tiket akan ditambah. So kepada sesiapa yang nak balik beraya menaiki kenderaan awam merancanglah dari sekarang ya! Takut nanti terkandas pula :). Selamat berpuasa & jangan ingat nak beraya ja. Selamat beramal semua. 

Musim perayaan pengangkutan seperti bas ekspress menjadi tumpuan.



Lancangnya gadis bernama QueenMutiaa!

Pagi-pagi minggu bila on saja mukabuku saya terkejut tengok pelajar saya postkan tentang kebiadapan seseorang gadis dari seberang yang berani memperkatakan ttg agama yang dianuti oleh umat lain. Saya hanya memerhati dan memerhati tapi di dalam hati hanya mampu berdoa moga-moga Allah berikan pengajaran kepada gadis yang berkata demikian. Bagi saya tiada guna menyemarakkan lagi api yang sememangnya marak. Lihat saja ayat-ayat kebiadapannya..lagi diserang oleh individu dengan kata-kata lagi rancak dan lancang dia berkata-kata. 

Lihat sendiri lah kelancangan gadis ini...Terkutuk betul. Manusia lain pun beragama juga tapi tidak sebiadap gadis ini. Dalam agama mana-mana sekalipun tiada yang menganjurkan umatnya bermaki-makian mengutuk agama orang lain yang dianuti..Sebagai manusia, beradab dan hormatilah orang lain jikalau ingin manusia lain menghormati anda. Rendahnya nilai-nilai yang ada dalam dirinya!

Klik di sini >> QueenMutiaa

Bagaimana perasaan anda? Nilailah sendiri apa yg dipostnya saban minit. Harap semua umat Islam di luar sana sama-sama berdoa moga Allah memberikan pengajaran kepadanya. Janganlah kita sama naik dengan manusia sepertinya kelak nanti sama juga taraf kita sepertinya! Ingat Allah Maha Besar..Tidak mustahil akan diturunkan musibah kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Nauzubillahi minzalik.

7.14.2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


Tak terlewat untuk saya postkan apa yang berlaku di sekolah sepanjang minggu lepas. Selasa 10/7/12, sekolah saya tak terkecuali menyahut seruan kerajaan untuk mengadakan senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang mana merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.

Bertungkus lumus saya dan anak didik menghafal step agar hari tersebut sama-sama dapat dimanfaatkan. Semoga warga SMKKP sentiasa cergas. Saya lihat sepanjang aktiviti berlangsung ramai pelajar yang masih segan silu untuk melakukan senamrobik. Kalau guru? Hehe lebih bersemangat saya kira. Ayuh gerakkan badan senam dan bersenam. Harap-harap program ini dapat dijalankan untuk tahun-tahun seterusnya. Ada gimik yang dibuat oleh guru pengawas yang saya pun tak terjangka di mana ada “hantu-hantu” yang bersenam sambil memakai kostum. Apa pun terima kasih kepada guru pengawas tersebut kerana menjadikan program untuk hari tersebut meriah. 

Layankan gambar-gambar yang diupload untuk tatapan semua. Ini baru sebahagian dari sekolah pelajar saya yang berjumlah hampir 3000 orang pelajar. Sesi pagi sahaja gamat satu sekolah!

Antara guru yang bersemangat melakukan aerobik. Bravo cikgu..tetap maintain cantik :)

Inilah crew aerobik saya...bertungkus lumus berlatih!

Semangat macam ni saya suke..cikgu-cikgu SMKKP BOLEH!

Inilah hantu crew yang beraerobik memakai kostum.



Macam-macam gaya ada

Sebahagian warga SMKKP.

7.13.2012

Sibuknya sehingga ........?

Fuh kalau dikira dah dekat nak hampir setahun saya tak menulis. Kekangan kerja dan tanggungjawab yang berat perlu dipikul buatkan saya terkejar-kejar dengan aktiviti seharian sehingga laman saya ni terbiar bersawang-sawang. Pertanyaan rakan seperjuangan iaitu CIKGU HAIRUL, "lama saya tak menulis?" dilaman sosial facebook membuatkan saya terfikir tentang blog saya ni. Betul...dah lama tak menulis. Ikutkan banyak yg boleh diceritakan. Cuma tak der masa untuk saya ceritakan aktiviti seharian lagi. Banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan sementelah saya sedang sambung belajar dalam Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani. Ada masa akan saya ceritakan. Jumpa lagi. Nak siapkan kerja menyemak dan menanda PBS GeografI. Jumpa lagi semua :)