11.30.2013

Musim Kenduri Tiba Lagi

Saat bermula cuti sekolah sahaja, anak-anak murid mestilah happy. Cikgunya? Apatah lagi..Eh ya ka? Aku tak rasa seronok pun bercuti kali ni. Sebab apa? Ya tuntutan kerja mengawas peperiksaan SPM belum berakhir. Nak pulak 3 hb Disember baru abis. Hmmm..nak bercuti lama-lama tak lah rasanya. 

   Sebut cuti sekolah sinonim dengan majlis kawen. Time cuti sekolah memang akan berderet segala jemputan. Nak pergi yang mana? Dekat jauh memang tak tolak. Biasanya time kendurilah sanak-saudara yang jauh yang dekat berkumpul. Terkenang sewaktu adik aku melangsungkan perkahwinan 3 tahun lalu. Memang tak menang tangan. In Shaa Allah..tahun depan adik bongsu aku plak punya majlis. Aku punya majlis? Aku pun tak tahu bila...Akan sampai jua masanya. Aku tenang menanti ketentuan Allah walau dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu (gelora di hati siapa tahu kan??kan??)

   Buat bakal mempelai di luar sana, selamat pengantin baru...kelepuk kelepak kelepuk kelepak renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar...Aku doakan mempelai-mempelai diluar sana bahagia sehingga ke Jannah. Amin.  Aku pun sibuk dengan jemputan. Esok sahabat CF kawen..Sedang memikir sampaikah ke sana nanti?In shaa Allah. 

Tahniah M.N.Azizi & pasangannya. Semoga  bahagia till Jannah.



11.28.2013

Laman Sesawang Bersawang & Terawang..

1 tahun 4 bulan rasa-rasanya laman sesawang  ni tak berusik. Puas jugak perah otak mengingat kembali password. Almaklumlah dah lama tak meminjamkan jejari yang tak berapa runcing ni untuk menaip. Sibuk? Mungkin salah satuh penyebab menyebabkan laman aku terabai begitu lama. Dah lama tak aktif dalam blogging. Banyak kisah terjadi..dari aku rajin blogging kat Johor sampai lah skrg ni dah berpindah ke kampung halaman (Kedah). Pheww...banyak benar kalau nak singkap satu persatu. Yang lama tak payah disingkap..kenangan yang lepas sangat indah untuk dikenang. Tersemat di sanubari... Apa2 pun In Shaa Allah harap-harap mempunyai kelapangan hidupkan semula laman yang dah bersawang ini. Amin