5.20.2015

Hadiah Mug Misteri

Hari Guru baru saja berlalu.. Ya rata-rata tengok sekolah sambut pada 18 Mei. Hehe bersamaan dengan birthday aku. Nothing much to say for this two event, sebabnya awal-awal pagi dah dikejutkan dengan berita akak aku masuk ward. Nanar sekejap. Tak ingat dah hari guru tak ingat dah sambutan ulangtahun kelahiran. So banyak habiskan masa di rumah. Kakak pun dah discharge awal pagi tu jugak.

Esoknya masuk sekolah, menonong masuk bilik guru. Tak der rasa nak say say "selamat hari guru" bagai. Ya tak terasa pun.. rasa hari-hari2 aku adalah hari guru sebab sentiasa dengan pelajar di sekolah. Sampai tempat duduk tgk ada bungkusan atas meja. Eh....tiada bernama. Aku punyakah? teman sekerja cakap mmg atas meja aku. Ada yang letakkan. Tapi siapa? Terima kasih tak terhingga..walaupun tak tahu siapa pengirimnya Cikgu ucapkan TERIMA KASIH atas ingatan. Tak de hadiah pun tak pa. Cukup ucapan. Sbb aku tahu pelajarku ramainya bukannya dari kalangan orang berada. Segelintir sahaja. So..anak-anak dah masuk hari ke-3. Hati Cikgu masih tertanya. Siapakah pengirimnya? :)

dari siapakah mug comel ini?

5.17.2015

Planning Bercuti Lagi.. Bangkok- Ayutthaya- Hatyai

Bila dah namanya CIKGU.. hehe kesempatan cuti sekolah yang lagi dua minggu akan menjelma dalam perkiraan membuatkan hati meronta-ronta. Ya.. memang parah bila dah seronok dengan "travel" perasaan gedik nak travel lagi tu ada. Haha.. memang parah separah-parahnya. Setiap kali cuti mesti nak ambik kesempatan untuk travel. Tahun ni dah kali kedua keluar negara. Mama kat umah dah mula bising. Haiii ...anak daranya yang sorang ni asyik berjalan ja. Tak der keje lain lah tu. Maaflah mama sayang..penat-penat keje yang ni la anak mama nak buat. Sayang mama... hehe

Okay, as usual aku sertakan itinerary and budget awal untuk pergi ke sana. Apa-apa "kos terlungkup" kemudian itu belakang kira. Hehe yang penting i shuke plan awal. Actually sebenarnya route Bangkok-Ayutthaya-Hatyai BUKAN... ok BUKAN pilihan hati pun. Haha.. asalnya nak gi KRABI. tapi terpaksa ditunda untuk sekian kalinya sebab Jun bukan bulan yang sesuai untuk aktiviti air di Krabi. Waktu ni cuaca x berapa sesuai. So atas faktor cuaca terpaksa beralih arah. Tak sabar oooo...cepatlah masa berlalu! Pstt sapa-sapa nak ikut jom ler kos yang bakal hangus RM700 jer moh ler ngikut!!!

Itinerary Bangkok~Ayutthaya~Hatyai

Budget secara rambang..kiki rambang benau!





5.09.2015

Borang Kebenaran Keluar Negara - Pegawai Awam

Hello-hello selamat berhujung minggu. Hari ni sekolah ganti. Kena plak kelas aku satu jer. Majoriti pelajar tingkatan 3 dan 5 pergi lawatan..so kelas memang tak der. Apalagi lepak-lepak bilik guru buat soalan periksa. Selesai buat soalan aku godek-godek internet teringat nak isi borang kebenaran ke luar negara. 

Okay, this is the 2nd time isi borang kebenaran ke luar negara bagi tahun 2015. Nampak benor kuat kaki melangkah. Pantang ada cuti ja. Haha..so Isi jerlah walaupun aku dah tahu..aku pi tempat tersebut balik dengan selamat baru surat balasan tiba di tangan. Dan aku akui malasnya nak isi borang ni sebabnya nanti orang opis mesti kecoh. Berjalan lagi..Nak pesan itu ini. Maapler saya pun backpacker ja. Hahah percutian jimat ya. No shopping-shopping. So jom isi borang.. Cepatlah cuti!!! Tak sabo nak melangkah kaki keluar lagi. Ahaks


5.08.2015

Perubahan Penduduk

Negara Malaysia tidak terkecuali dari mengalami proses perubahan penduduk dari semasa ke semasa. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perubahan tersebut. Untuk mengetahui faktor-faktornya, sila semak nota berikut :







Taburan Penduduk

Jom kita belajar geografi.. Kali ni saya nak share bahan-bahan pdp saya pada semua. Saya banyak menghabiskan masa buat nota untuk memudahkan pdp. Lets check it out!


Taburan Penduduk. Penduduk Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama, keturunan. Tahukah anda jumlah populasi di negara Malaysia telah mencecah 30 juta orang (berdasarkan laman web Jabatan Perangkaan Malaysia). Mari kita lihat taburan penduduk di Malaysia. Yok..