1.17.2016

Backpackers Ke Guilin 2015 Day 6

Pejam celik dah hari terakhir rupanya di bumi China ini. Sekejap sangat masa berlalu. Tak puas rasanya menikmati keindahan alam di sini. Hari ini kami lebih leisure. Pagi-pagi lagi dah check out, sarapan then menuju ke Nanning's People Park. Free of charge. So korang bebas masuk sini menghirup udara segar sambil beriadah. Tak delah nak beriadah sangat. Kami ambil peluang menghabiskan masa di sini. 


Step 1,2,3 dance baby dance!
White Dragon Lake
Boleh dikatakan kebanyakkan PRC beriadah dengan pelbagai cara. Ada yang menari, ada yang jongging, ada yang duduk sambil bermain daun terup. Hai..bermacam lagilah.

Mai kopi secawan at Wuxu International Airport

Puas  menghabiskan masa di sini...kami mengambil keputusan untuk menaiki  bas ke Wuxu International Airport. Walaupun sampai awal, apa lagi cari port sambil pekena coffee dan buah. 

Sampai waktu check in luggage barulah bergerak menyelesaikan apa yang sepatutnya. Dan... tepat jam 5.30petang (dah maghrib) kami meninggalkan bumi Nanning dengan pesawat AK169 ke Kuala Lumpur. Alhamdullliah...selesai juga misi Nanning-Guilin-Yangshuo ni. Adiosss SAMPAI JUMPA LAGI di lain entry. Ke mana pulak selepas ni?? Tunggu!!!!

Backpackers Ke Guilin 2015 Day 5

Row..row row your boat gentle down the stream...Hai semua hari ni aktiviti kami tak lain tak bukan mencuba bamboo rafting di sepanjang Sungai Yulong. Kami ambil pakej terus juga dari kaunter Wada Hostel dengan harga CNY80 per pax. Kalau baca dari blog dan saranan orang katanya terus je ke sungai untuk dapat harga murah. Iye? Harga yang kami dapat sekali dengan pengangkutan pergi-balik. Rafting waktu winter...amat superb rasanya. Dengan sejuk yang mencengkam jiwa, dengan pemandangan yang membuai-buai mata agar terlelap lena. Hahaha...secara jujur aku sukakan pengalaman dan perasaan itu bertamu. Kalau tak percaya, cubalah. Sejuk mata memandang. Jiwa tenang menghadap alam Ciptaan Tuhan. 
Berakit ku menuju ke hilir...menyaksikan keindahan alam
tanpa lelah berfikir


Kesibukan mula terasa....
Setenang air sungai mengalir..sunggah tenang melihat alamNYA.
Syukur aku dapat mengecapinya keindahan itu walau seketika.

Uncle yang ramah bertanya. Nasib dia faham kehendak
aku yang nak rafting secara slow & steady.
Sesekali uncle yang berakit bertanyakan kami sepatah dua soalan. Yang aku tahu aku balas. Yang tak tahu aku buat muka kering...hadap pemandangan. Walhal hahahha.... tak tahu nak menjawab. Cover...cover itu yang penting. Dan apa yang aku tengok mereka suka warga Malaysia. Dok mencanang jugak dekat rakit sebelah kami dari Malaysia.

Sepanjang berakit di Sungai Yulong aku tengok terdapat hampir lebih 7 jeram buatan. Bertingkat-tingkat rupanya sungai ni. Air sungainya tenang dan lebih jernih dari Sungai Li. Allah..tak mampu aku ucapkan apa yang terbuku di hati. Melihat keindahan alam ciptaan Ilahi. Mau je rasa duduk situ selamanya tau. 

Usai bamboo rafting kami dijemput oleh van untuk terus kembali ke Wada Hostel. Kemaskan apa yang patut seterusnya check out. Kami sempat makan tengahari dan sebelum pulang sempat juga tinjau West Street. Apalagi sesi merembat shawl bermula. Hahaha.


West Street


Hilang arah tujuan bila terpandang shawl di kira kanan :)
Destinasi seterusnya ialah Guilin Railway Station kerana tiket  train ke Nanning sudah dibeli. Perjalanan dari Yangshuo hampir kurang 4 jam juga. Kali ini kami naik bas biasa. Bukan bas ekpress yang harganya lebih kurang CNY20. Murah sikit tapi benyak berhenti-henti. Kerap jugak bas bhenti. Tak apalah yang penting sampai. Haha sepanjang perjalanan ke Guilin beberapa kali aku terlelap. Sama naik dengkuran aku dengan bunyi enjin bas. Kikiki.. Lantaklah Zaid di sebelah. Aku dah tak peduli. Sebaik sahaja bas berjalan terus aku landingkan bantal travel ke tingkap bas..Zzz. Sedar-sedar dah sampai Guilin. Nikmat lena!

Dalam mamai aku atur langkah ke Guilin Train Station. Mengekor aje langkah Zaid. Rupanya kami tiba awal tidak seperti yang dijangka. Keputusan diambil untuk menukar tiket. Tiket paling awal diambil agar sampai Nanning tak de lah lewat malam sangat. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Opss terlupa! Sebenarnya tiket kami bukan ke Nanning City tau tapi Nanningdong Station yang jauhnya lebih kurang 45minit perjalanan ke Nanning City. Tiba aje Nanningdong bas tak ada. Jenuh... last option terpaksa lah ambil prebet sapu. TERPAKSA. Dalam keterpaksaan tu akhirnya tiba juga ke Nanning Travelling Hostel. REHAT. Itu yang berada dibenak fikiranku. Dah tak de mood nak berjalan dah. Haha..So malam tersebut selepas pekena hot chocolate.. Zzzz. 


Guilin Day 6




1.09.2016

Backpackers Ke Guilin 2015 Day 4

Yangshuo... Yangshuo.. pekikan ulat-ulat tepi jalan memang banyak. Aku dah mangli dan tak larat dah nak elak. Dah dikhabarkan tak nak. Dok tanya lagi. Kental kak kental...jangan nak menyembur plak. Nasib baik aku mampu bersabar. Ya... kawan-kawan Day 4 kami bergerak ke Guilin. Naik bas. Tak jauh dari Guilin Riverside Hostel terletaknya Guilin Bus Station dan tak jauh dari sini jugak letaknya Guilin South Railway Station. Dekat-dekat je semua ni supaya senang dan memudahkan pergerakan. Tiket bus ke Yangshuo hanya berharga CNY22 untuk bas ekspress. Perjalanan ke sana kira-kira 2jam 15min. Sebenarnya aku lebih teruja nak ke Yangshuo. Sebabnya dari awal perancangan memang aku terpikat nak ke sini. Rasai suasana countryside. 

Setibanya di Yangshuo, aku dan Zaid terkulat-kulat. Haha.. macam betui-betui luar bandar. Stesen bas ni terletak di Jiangjun Road kira-kira 1.6km dari Wada Hostel in Yangshuo tempat aku menginap. Actually ada dua bus station ye kat sini. Satu bus station untuk long distance satu lagi dalam city yangshuo aje (Pantao Road). Dalam terkulat-kulat nak berjalan atau nak naik teksi aje.. datangla auntie dua orang ajak aku dan Zaid naik motor speda. OMG.. menggigil aku atas motor menuju ke Wada Hostel. Kena pulak Yangshuo baru lepas hujan. Mak kau... membeku.
Siap check in first aktiviti...off course la cycling! Hat ni aku idam dari nak mai dulu lagi. Best oooo....cycling in da winter, dengan suasana sejuk sangat rare. Berpoluh pun idak tau! Dengan cycling kami menuju ke Big Banyan Tree. Sepanjang ke sana banyak kali jugak kami stops sebab sejuk satu lagi mengah. Mau tak mengah..last aku cycle masa study kat upsi dulu. Lepas tu gone. Langsung tak cycle. Rekreasi jarang sekali. Cuma aktif coaching je.                                                                                                                    

Ready to cycle. Lets go babeh!
        
Indahnya alam.. :) Nikmat yang manakah kau dustakan?
Suka tgk bukit batu kapur yang masih terjaga dari noda-noda manusia
                                                                                                                                         
Apa yang boleh aku katakan pengalaman mengayuh sepanjang ke Big Banyan Tree dan Butterfly Spring Park sangat superb! Indahnya alam ciptaan Allah. Tengok bukit-bukit batu kapur megah berdiri di kiri dan kanan jalan. Terfikir sejenak bukit macam ni ada je kat Perak. Kalaulah kita tidak rakus meneroka alam, aku rasa Perak akan ada tempat yang indah walaupun tak seindah di Yangshuo ni. At least ada! Sayangnya...manusia tergamak "merogol alam". Maaf rasanya tu kot perkataan yang aku rasa sesuai buat mereka yang tidak pandai hargai alam.

Sempat melayan buah sebelum masuk ke dalam.Lapar tapi masih
mampu tersenyum
Setibanya di Big Banyan Tree, sempat aku beli buah rambutan. Hahaha.. lapar sebenarnya. Nak mengunyah. Tengok buah je dapat ku makan. Pergh nikmat tak terkata dapat rambutan. Kalau kat Malaysia aku pandang sebelah mata je nih. Maklumlah buah ke memang aku liat nak makan. Sayur tu pun nasib baik antara main course je. Baru terasa... Allah nikmat makan yang tak tersangga.


Dia teguh berdiri..
beratus tahun tanpa rebah ke bumi ~ Big Banyan Tree
Baiklah.. Big Banyan Tree lebih dikenali sebagai beringin merupakan pokok yang berusia beratus tahun sejak dari Dinasti Jin lagi. Masuk ke sini CNY 20. Pokok beringin ini mempunyai ketinggian setinggi 17 meter dan mempunyai akar yang sangat cantik dan berpintal. Kalau aku hidup di zaman dulu mau aje naik boyan sambil nyanyi-nyanyi bawah ni kan. Untung-untung dapat anak raja. Hahaha

Ada jugak bamboo rafting yang menunggu di pinggir sungai tepi Big Banyan Tree ni. Nak naik memikirkan nanti nak naik bamboo rafting kat Yulong River. So apa yang nak tu ku pendamkan aje. Hahaha. Sabar! Masih banyak masa.
Ada temple sebalik sana. Nak bamboo rafting?
Silakan sahaja
Tak lama di sini, kami bergerak mengayuh basikal ke Butterfly Spring Park. Alahai..bertembung dengan rombongan PRC. Huhuhu riuh tak terkata. Sakit kepala pun ada bila ramai-ramai. Macam depa ja yang melawat situ. Kami naik jugak tapi selit-selit di sebalik PRC yang ramai itu. Kalau dok tunggu depa ka....alamat tak lawat le Butterfly Spring Park ni. Sebenarnya kan nak habaq waktu ni sekor pun butterfly tak de. Ke sebab pi waktu winter? Butterfly tak keluar kot waktu ni. Huhuhu.. yang ada local show. Aku cuma tengok sipi-sipi sebelum ambil keputusan untuk balik semula ke hostel rehat sebab pukul 6.30petang dah kena bergerak ke tepian sungai Li River untuk menyaksikan Liu San Jie Performance. Untuk show ni kami booking melalui kaunter Wada Hostel dengan charge sebanyak CNY180 sekali dengan pengangkutan pergi dan balik. 
Salah satu gua dalam Butterfly Spring Park membentuk seperti rama-rama.
Umpama tiang teguh berdiri. Dalam gua ada satu tiang menyokong 
dinding gua dari rebah. Amazing!
Pemandangan dari atas Butterfly Spring Park
Local shows..Agak menarik untuk ditonton
Us with Korean man. :)
Malam tu tepat pukul 6.30petang kami dijemput dengan van untuk ke sungai Li River. Sebelum tu..untuk pengetahuan korang maghrib masuk awai ye kat sini. Pukul 5.30petang dah maghrib. So kira 6.30petang ni dah gelap dah. Usai sampai  di sana kami kena ikut grup yang ditandai dengan number 99. Kebetulan masa nak start show hujan lebat dan kami dibekalkan dengan ponco. Zaid dan aku dapat kawan baru ~ lelaki Korea yang bercuti di China. His Mandarin and English quite good. Nasib baik dia ada. Kalau dak termanggu gak ikut grup China yang langsung tak boleh speak in English. 

Ini aje pic terbaik masa tengok show sebab semua pic hancur
sebab hujan.



Oh ya! Terlupa nak khabarkan Liu San Jie Performance ni dipersembahkan di atas air. Ya... pentasnya merupakan SUNGAI iaitu Sungai Li. Terpesona seketika melihat persembahan mereka. Walaupun kurang faham bahasa mereka tapi melalui penceritaan dapat jugak klu apa yang mereka persembahkan. Sangat superb! I love the show.. terfikirkan macam mana mereka bersatu tenaga melakukan semuanya di pentas air. Waktu winter pulak tu. Sejuk. Sesejuk kami di atas podium menyaksikan mereka sambil disirami air hujan. Nak tgk sedikit video tu? Korang boleh klik sini. Usai persembahan kami bergerak balik ke hostel. Dan.....waktu inilah..aku tercicir sesuatu! Hmm nampaknya glove tu jadi kenangan la. Atau maksudnya aku akan kembali ke sini? Aha..nobody knows. 


Backpackers Ke Guilin 2015 Day 3

Hari ketiga di Guilin... Kami menghala ke The Reed Flute Cave (Lu di Yan). Seawal pagi jam 8.00pagi kami dah keluar menuju ke railway station atas tujuan yang sama seperti semalam. Nak beli tiket dan Alhamdulillah selesai urusan. Banyak urusan dipermudahkan kali ini. Alhamdulillah syukur pada Allah. 

Baiklah, semalam sesak atas bas dengan anak-anak muda. Hari Isnin sesak pulak dengan warga tua. Sepanjang perjalanan atas bas penuh warga tua. Dan apa yang aku perhatikan...warga tua tersebut mengambil peluang untuk berjumpa rakan-rakan tak kisahlah kau tu bongkok tiga ka.. apa pun keadaan masa terluang sanggup naik bas bertemu rakan-rakan. Macam gelagat orang muda dah lagaknya. Positive part yang aku dapat ambil warga tua ini tidak menjadikan "tua" sebagai halangan untuk beriadah dengan sendiri. Bergerak dengan sendiri. Heheh...Kalau di Malaysia, mak mak nenek-nenek kita mana nak ada leisure macam ni. Aku rasa kalau mama masih ada..takdenya aku nak bagi mama naik bas sorang-sorang. Haish ke mana saja baik aku hantarkan. Risau sebenarnya. Dan bila kita di atas bas memberikan laluan kepada nenek dan atuk-atuk tempat duduk..mak aih.. ucap terima kasih nya tu sangat-sangat banyak. Siap dok cakap xiaojie ni baik. Hahah kembang semangkuk sat masa tu. Walhal apa yang kita buat tu bukanlah suatu yang besar. 
Selfie dulu sebelum masuk gua!
Setibanya di sana kami perlu menunggu beberapa  minit untuk dibenarkan masuk ke dalam cave tersebut. Cave ni dalam satu-satu  masa hanya beberapa orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk mengikut guide yang disediakan. Tak boleh masuk tanpa guide ye. Kami dapat guide perempuan. Cindy namanya. Eh betui ka Cindy?? ke Nancy. Aku pun dah lupa. Subhanallah aku suka tgk keadaan dalam gua tersebut. Kita memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyaksikan stalaktit dan stalagmit membentuk dalam perlbagai rupa. Aku banyak berfikir dan bermain dengan imaginasi serta dalam masa yang sama memikirkan proses terjadinya stalaktit dan stalagmit ni. Serius..sebagai seorang pendidik yang mengajar geografi.. aku teruja untuk mengetahui dan mempelajari ilmu alam ini. Minda aku ligat berfikir. Haha macam rasa trip lawatan sambil belajar tau. Belajar menghayati indahnya alam Tuhan serta besarnya Kekuasaan Tuhan menjadikan setiap inci alam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Allah....
Salah satu rimbunan sayur..Nampak sayuran tak?

Jeng3....Isyarat tangan 1Malaysia.
Our tour guide in The Reed Flute Cave

Dalam cave ni ada dua show yang ditunjukkan oleh guide. Aku tengok Zaid bukan main lagi sembang dengan amoi tu. Siap awak-lawak lagi. Hehe.. So tidaklah bosan sangat sebab kami tertawa dengan gelagat amoi yang bahasa inggeris so-so mcm kami. Yang penting confident tu kena ada. Dan di akhir sebelum keluar cave amoi ni siap nyanyi lagi tau. Katanya lagu rakyat Guilin. Nak tgk video show dalam gua tu korang boleh tgk kat facebook aku.
Posing feveret selepas selesai menjengah cave
Tasik itu...tenang selalu..menerima pengunjung tanpa mengira waktu!

Perjalanan seterusnya kami ke Seven Star Park (Qixing Gongyuan). Kali  ni di Seven Star Park aku tetiba feeling something lost masa masuk  masjid. Dibenak teringat arwah mama. Walau jauh di China.. ingatan tetap pada arwah mama. Lagi aku dok menahan lagi tu aku mengalir air mata. Ishh malu sangat aih kat Zaid. Seriussssss wei maafla tetiba perasaan ni terfeeling saat ....tak palah yang baik tak perlu disebut. Diamkan agar tiada siapa yang tahu. Doaku tak putus buat mama sebaik melangkah keluar masjid.

Untuk pengetahuan korang, Seven Star Park ni luas. Dan banyak tempat menarik dalam tu. Ada Camel Hill, Glory of China Squal, Tianquan Lake, Flower Bridge... Eh macam-macam la. Kat Seven Star Park jugak aku jumpa orang kampung. Kecilnya dunia. Kat Sg Petani tak pernah jumpa terjumpa di Guiln. Terkejut jugak sepasang suami isteri berbangsa cina itu bila aku mampu datang ke sini. Dia hairan macam mana aku boleh datang ke sini memandangkan bahasa merupakan satu halangan utama. Aku khabarkan boleh berbicara sikit-sikit Mandarin barulah dia tersenyum kelegaan.


Camel Hill
Glory Of China Squal
Bila cikgu teruja..anak kecik lagi teruja :P
Petang tu sesi menjengah tempat menarik abis awal, so kami lepak cafe bawah hostel, skali lagi aku ambil masa bersendirian... menangis lagi. Uwaaa.. Kali ni tak tau la betui-betui feeling sedih. Aku hadap sungai yang tepi hostel bawak diri. Kenangan demi kenangan bersama mama..dari saat kecik sampai la dewasa sampai la saat akhir mama semuanya bersatu bermain di minda. Aku mampu berdoa agar arwah mama pergi dengan tenang dan hatiku jua mampu setenang air Sungai Li menghadapi liku-liku kehidupan. Zaid? Dia dengan cara dia. Hahah waktu ni aku  tak peduli pun dia. Gamaknya dia layan perasaan gak ka?? Ahhaha entah!

Indahnya bila dua objek bersatu : Sun and Moon Twin Pagodas
Malam tu beria Zaid ajak pi tengok lampu-lampu malam. Gi tengok lampu-lampu kat Sun & Moon Twin Pagodas. Cantik! Di samping meredah Xicheng Road (Night Market). Peh part ni melemahkan sendi lutut oooo.. Ahahha aku bawak CNY  tak lah banyak mana. Haish gusar hati waktu tu takut berbelanja melebihi had. Almaklumlah winter outfit murah! Macam jual baju kat pasar malam tau dak. Akhirnya tergoda jugak beli sehelai. Nasib murah RM60 je, kalau beli kat Malaysia mau tercekik aku RM150++. Tak lama pun meredah tgk suasana waktu malam..sebab masing-masing kena balik mengemas. Esok gerak ke Yangshuo!
Sedang ambik angin dan mood nak shopping. Tengok dulu jap lagi sambar!!

Sesi mengail dah mengena! Hahaha... masa untuk kembali ke Hostel

Backpackers Ke Guilin 2015 Day 2

Bertemu lagi di episod ke - 2. Seawal 5.30pagi aku dah bangun kali ni. Ya sebabnya travel buddy aku lelaki. Memikirkan satni dia menunggu aku nak bersiap. Jenuh. Tak mau la aku kalau buddy kita tertunggu. Lepas mandi siap-siap semua.. aku tunggu la Zaid mai panggil. Kata nak sarapan sekali kan. Skali 7.00pagi masih takde jawapan. Argh sudah! Aku beria sebenarnya ni. Haha. Almaklumlah aku kalau berjalan for sure excited bangun awal. Korang tahu apa berlaku sebenarnya?? Ghopenya dia bangun lewat. LEWAT. 7.30pagi baru mai ketuk bilik. Aku punya la hangin. Hahaha... and korang nak tahu lagi???? kikikiki maaf ye Zaid sesi kali ni suka benar aku bahan kau. Zaid dah bangun lewat dan seharian rupanya aku berjalan sekitar Guilin dengan orang yang tak ...... tak mandi. Bhabhabha. 

Suhu di Guilin pagi tu 8°c. Sejuk tau.. sejuk. Tapi kali ni aku rasa macam sejuk biasa je. Walhal kalau kat Malaysia ka..aircond bawah 16°c aku kalut nak ubah suhu. Pelik. Sungguh nyaman kali ni aku rasakan. Cheewah! Okay kami mulakan langkah hari tu ke Nanning Railway Station dulu untuk beli tiket balik ke Guilin awal-awal supaya tak berlaku kehabisan tiket macam aku kat Yunnan dulu. Tak mau dah berlaku lagi. Serik tapi yang serik itu lah kenangan. Tapi menghampakan rupanya tiket train kat China kalau nak beli kat kaunter ni tak dijual awal ye! Paling awal pun 2 hari je. So nak beli tiket 9hb kena beli 7hb ye. Tak buang masa aku dan Zaid mencari station bus plak untuk menuju ke Yaoshan Mountain. Kali ni pemandu arah aku tersesat. Naik bus betul dah tapi salah arah. Haha confident je kan dia. Aku seriusly mengharapkan buddy je cari arah. Kalau aku dengan Emma dulu.. aku lah perancang, aku lah pencari jalan. Skali dengan travel buddy yang lelaki semua dia buat. Bagus dikk akak suka. Haha..

Jom menapak masuk ke dalam. Tak jauh pun :P. Redah bukit-bukit je!
Dari bandar Guilin ke Yaoshan Mountain sejauh 1.4km. So naik bas je paling senang. Walaupun salah arah sampai jugak akhirnya. Bas akan berhenti di jalan utama sahaja. Jadi tabahkan diri berjalan sejauh 1.6km untuk sampai ke atas. 


Suasana dari atas cable car.
Pemandangan dari puncak Yaoshan Mt.
Korang boleh naik cable car untuk sampai ke puncak. Best... aku sangat suka sepanjang perjalanan naik ke atas menggunakan cable car. Seriusly sungguh tenang hadap alam. Kena plak waktu tu sejuk. Aku sampai tak peduli kat orang sebelah. Haha trip kali ni melayan perasaan sungguh. Nasib la Zaid tak kisah dia buat hal dia. Amik pic dan sebagainya. 

Sempat tarik brek semata nak dapat pic yang santek!
Dah puas dok atas Yaoshan Mountain kami menuruni mountain dengan cable car ke bahagian tengah mountain. Nak naik slide tobaggan katakan. Fuh! Sebenarnya gementar jugak.Sebab aku ni memang takut kelajuan. Kalau ketinggian tak la takut sangat. Untuk pengetahuan semua, tobaggan ni macam kereta la jugak. Kita hanya control kelajuan dengan menarik atau menolak gear yang ada dicelah kaki kita. Kalau nak laju tolak je gear tu ke depan. Fuh best... pastu boleh nampak orang naik cable car dari bawah. Time ni lah nak slide menyenget pun. Hahaha. 

Seterusnya kami ke Jinjiang Maousoleum yang tak jauh beberapa meter ja sebaik turun dari Yaoshan Mountain. Dok berkira-kira nak masuk. Akhirnya ambik keputusan bukak bekal dan makan. Usai makan baru bergerak naik bas ke Guilin Solitary Beauty Peak. Petang tu kami lepak atas beauty peak tersebut. Yang pastinya kali ni memang menggunakan kekuatan kaki untuk naik tangga yang mencanak. Pergh.. menggeletar kaki mak ngah oi! Aku tengok warga PRC ni yang tuanya gagah je naik. Sedangkan aku dah sehabisnya nafas dok menahan. Hahaha...Satu tahap berhenti, then sambung balik sampai la ke puncak. Tempat ni sebenarnya merupakan tempat Putera Raja beristirehat sambil tengok pemandangan Guilin City semasa Dinasti Ming. Eh heran ye Putera Raja Jinjiang ni tak penat ke memanjat? Ye lah memang dengan tangga tapi..... uih naik tu mencanak jugak. Hahaha. Semasa kat atas ni lah satu peristiwa tak boleh lupa kalau kaitkan dengan PRC ni... pengotoq punya olang. Anak nak kencing. Dibukanya seluar dan zussss pancutnya kat pasu bunga yang kebetulan aku kat situ. Choiii.. hish tak de kesedaran sivik langsung. Kan dah bagitau kat papan tanda kat atas tak de toilet so dah remind siap-siap jangan minum air yang banyak. Sebab nanti tak de toilet kat atas. Hahah alihnya... pasu bunga tu kau talakan ye???? Agak-agak la aku kat sebelah. Talakan kat lain le. Sebenarnya sesak gak dok situ. Sesak dengan warga China yang banyak dan bila  mereka dalam kumpulan mak aihhh abis kita. Bukan dia pedulikan kita nak naik ke turun ke, ikut dan depa ja. Aku tau aku mai tempat depa.. jadi sabarkan jelah hati tengok ragam rakyat.      
Well of Foutune (Fuquan) & Couples Tree (Lian Li Tree)

Dragon Claws Tree & Chengyun Palace
Atas Guilin Solitary Beauty Peak
Haaa... ni tangga yang menuju ke puncak. Jenuh kira anak tangga

Sebelum matahari melabuhkan diri kami dah turun dari puncak menghala ke Xicheng Road. Misi kali ni mencari nasik. Alhamdulillah dapat jugak makan nasi akhirnya. Sedap la jugak. Muslim restauran ni betui-betui letak depan Bank Of Guilin dan Bank of China. Dah kenyang then kami balik ke hostel. Aku yang memang dah penat kunun nak keluar gak malam tu. Last-last tak jadik. Penat woi. Zaid yang aku tau... keluar lepak kat Cafe bawah pekena kopi time-time tu. Haha maaflah Zaid aku seharian memanjat tangga bahkan berjalan berkilometer pi balik. Hahah penat leee nak menapak lagi malam-malam. Idak le. Baik aku lena sebab esok makin jauh lagi perjalanan. 

Our meals fo dinner. Sedap!


Inilah kedai makanan halal @ Xicheng Road,Guilin


1.08.2016

Bacpackers Ke Guilin 2015 Day 1

Aduhaiii lamanya tak update blog. Selalunya aku akan update countdown ke tips ke sebelum travel. Tapi nampaknya kali ni tak. Travel trip kali ni lebih kepada menjiwai alam serta melayan perasaan. Ya lah aku kembara kali ni setelah ketiadaan arwah mama dan kebetulan tarikh tersebut merupakan tarikh kelahiran arwah. Sedih di hati tak siapa yang tahu. Hanya mampu merintih dalam diam menatap alam kurniaan Allah sambil bersyukur serta muhasabah diri.

Dengan pesawat AK168, akhirnya sampai lah aku dan travel buddy (kali ni ditemani zaid) di Nanning Wuxu Aiport. Setibanya kat sana jam 4.30 petang episod baru bermula. Blom pun melepasi pintu kluar airport. Selepas scan beg tiba-tiba Zaid kena panggil ke bilik khas. Terpinga aku seketika. Bila tengok Zaid kena geledah beg. Terus aku masuk. Hahaha lawaknya kali ni diperiksa atas sebab nasi impit dan periuk nasi travel hak milik aku. Kikiki... Puas bebenor tau kawan aku explain in English. Hehe .. sampai terkeluar seluar katok kawan aku dari begpek dia. Malu-malu alah plak imigresen pompuan tu masukkan kembali. Aku dah menahan tawa dah. Sebenarnya awek imigresen tu ragu-ragu nak lepas bagi nasi impit tu. Kalau la masa tu depa nak amik jugak.. nak je aku bukak rendang, serunding bersila dok depan tu. Muahaha (cuak tu ada..takut sbb nasi impit aku kena rampas). Hahah nasib le Zaid kena kat kau sebab aku tompangkan makanan lam beg kau. Selasai semua tu...aku dan Zaid terus ke kaunter bas kat beli tiket airport transfer ke Nanning City. Tak silap harga tiket ni CNY20 je. Actually korang ble nampak kaunter bas tu betul - betul selepas keluar pintu kat arrival tu. Pastu gi je Line 1 untuk ke Nanning. Perjalanan dari airport ke Nanning City dalam 40mins. Sampai sahaja Nanning City bas akan berhenti kat depan Vienna Hotel. Lepas tu bolehlah menapak ke Nanning Railway Station. Tak jauh pun. Ada la dalam 1 kilometer gak kot sebab banyak construction sedang buat. Hehe..

Kat Nanning Railway Station beli tiket tak sesusah mana. Ada je staff kat railway station tu boleh berbahasa Inggeris walaupun fair. Kira tahap aku gak kikiki. Actually nak sebut fast train ke speed train itu yang menjadi masalah. Nasib encik gugel translate ada. So dah tahu speed train tu gaosu lieche. Cakap bahasa mandarin baru depa paham susah nau sebut dalam bahasa Inggeris tp dia tak paham. Malangnya dapat tiket tak de seat. Uwaaa... Aku ni asyik mengulang kenangan ja kan. Kenangan kat Lijiang berulang lagi. Kikiki



Ni lah mamat China tu.. Handsome kan???
Okay lepas beli ticket dapat la ke Nanning - Guilin dalam pukul 8.15 malam. Dijangka dalam kul 11.00 malam sampai ke Guilin. Tempoh sejam dari Nanning ke Guilin okay lagi best sebab berdepan dengan aku mamat China yang handsome. Ouh berdegup kencang dada cheq saat mata bertentang mata. hahha.. Masa dok berdiri ni la mamat tu tegur aku. Sebenarnya time tu aku nak selfie. Skali dia tegur "nak ambil gambar???" Woi woi terkesima aku ngan Zaid. Tak sangka ada yang berbahasa Melayu sket-sket walaupun aku kalut berbahasa Mandarin waktu tu. Haaa... Rasa saat tu gembira tak boleh nak habaq hangpa tau.. Aku tak nampak dah Zaid kat sebelah. Kikiki. Waktu ni rasa...alangkah bahagia kalau aku travel solo. Serius. lepas aku amik pic so sempat welfie ngan mamat China tu skali. Dia asal Liuzhou. Tu pun sebaik dia nak turun dia melambai ke arah aku. Ahahha.. Ish mcm tertinggal jantung kat situ. Hahaha... Caittt.


Simple, just notes! Terbaik hostel ni. Staff very friendly
After 11/2 hours dapat la duduk. Guilin is the last station sebenarnya. Aku tgk gaosu lieche ni bergerak selaju 200+ km sejam gak la. Pergh.. Laju weeiii. Nasib baik malam ja. So tak nampak kat luar. Sejam kemudian sampai ja Guilin terus menapak pula ke Guilin Riverside Hostel. Yes.. Zaid gak yang jadik pemandu arah. Sampai hostel dah lewat. So kami hanya dapat notes yang mana masing-masing dah ada kunci bilik dan diminta esok sahaja check in. Boleh masuk dulu, check in kemudian esok pagi... Wallawei.. besttt! Lepas rehat, bersih diri, panaskan nasi impit dan sebagainya.. baru aku turun ke bawah ajak Zaid makan. Then apa lagi lepas makan masing-masing masuk ke sarang.. Hanyut! Zzzzz.. Nantikan next episod K.


Guilin Day 2