1.09.2016

Backpackers Ke Guilin 2015 Day 2

Bertemu lagi di episod ke - 2. Seawal 5.30pagi aku dah bangun kali ni. Ya sebabnya travel buddy aku lelaki. Memikirkan satni dia menunggu aku nak bersiap. Jenuh. Tak mau la aku kalau buddy kita tertunggu. Lepas mandi siap-siap semua.. aku tunggu la Zaid mai panggil. Kata nak sarapan sekali kan. Skali 7.00pagi masih takde jawapan. Argh sudah! Aku beria sebenarnya ni. Haha. Almaklumlah aku kalau berjalan for sure excited bangun awal. Korang tahu apa berlaku sebenarnya?? Ghopenya dia bangun lewat. LEWAT. 7.30pagi baru mai ketuk bilik. Aku punya la hangin. Hahaha... and korang nak tahu lagi???? kikikiki maaf ye Zaid sesi kali ni suka benar aku bahan kau. Zaid dah bangun lewat dan seharian rupanya aku berjalan sekitar Guilin dengan orang yang tak ...... tak mandi. Bhabhabha. 

Suhu di Guilin pagi tu 8°c. Sejuk tau.. sejuk. Tapi kali ni aku rasa macam sejuk biasa je. Walhal kalau kat Malaysia ka..aircond bawah 16°c aku kalut nak ubah suhu. Pelik. Sungguh nyaman kali ni aku rasakan. Cheewah! Okay kami mulakan langkah hari tu ke Nanning Railway Station dulu untuk beli tiket balik ke Guilin awal-awal supaya tak berlaku kehabisan tiket macam aku kat Yunnan dulu. Tak mau dah berlaku lagi. Serik tapi yang serik itu lah kenangan. Tapi menghampakan rupanya tiket train kat China kalau nak beli kat kaunter ni tak dijual awal ye! Paling awal pun 2 hari je. So nak beli tiket 9hb kena beli 7hb ye. Tak buang masa aku dan Zaid mencari station bus plak untuk menuju ke Yaoshan Mountain. Kali ni pemandu arah aku tersesat. Naik bus betul dah tapi salah arah. Haha confident je kan dia. Aku seriusly mengharapkan buddy je cari arah. Kalau aku dengan Emma dulu.. aku lah perancang, aku lah pencari jalan. Skali dengan travel buddy yang lelaki semua dia buat. Bagus dikk akak suka. Haha..

Jom menapak masuk ke dalam. Tak jauh pun :P. Redah bukit-bukit je!
Dari bandar Guilin ke Yaoshan Mountain sejauh 1.4km. So naik bas je paling senang. Walaupun salah arah sampai jugak akhirnya. Bas akan berhenti di jalan utama sahaja. Jadi tabahkan diri berjalan sejauh 1.6km untuk sampai ke atas. 


Suasana dari atas cable car.
Pemandangan dari puncak Yaoshan Mt.
Korang boleh naik cable car untuk sampai ke puncak. Best... aku sangat suka sepanjang perjalanan naik ke atas menggunakan cable car. Seriusly sungguh tenang hadap alam. Kena plak waktu tu sejuk. Aku sampai tak peduli kat orang sebelah. Haha trip kali ni melayan perasaan sungguh. Nasib la Zaid tak kisah dia buat hal dia. Amik pic dan sebagainya. 

Sempat tarik brek semata nak dapat pic yang santek!
Dah puas dok atas Yaoshan Mountain kami menuruni mountain dengan cable car ke bahagian tengah mountain. Nak naik slide tobaggan katakan. Fuh! Sebenarnya gementar jugak.Sebab aku ni memang takut kelajuan. Kalau ketinggian tak la takut sangat. Untuk pengetahuan semua, tobaggan ni macam kereta la jugak. Kita hanya control kelajuan dengan menarik atau menolak gear yang ada dicelah kaki kita. Kalau nak laju tolak je gear tu ke depan. Fuh best... pastu boleh nampak orang naik cable car dari bawah. Time ni lah nak slide menyenget pun. Hahaha. 

Seterusnya kami ke Jinjiang Maousoleum yang tak jauh beberapa meter ja sebaik turun dari Yaoshan Mountain. Dok berkira-kira nak masuk. Akhirnya ambik keputusan bukak bekal dan makan. Usai makan baru bergerak naik bas ke Guilin Solitary Beauty Peak. Petang tu kami lepak atas beauty peak tersebut. Yang pastinya kali ni memang menggunakan kekuatan kaki untuk naik tangga yang mencanak. Pergh.. menggeletar kaki mak ngah oi! Aku tengok warga PRC ni yang tuanya gagah je naik. Sedangkan aku dah sehabisnya nafas dok menahan. Hahaha...Satu tahap berhenti, then sambung balik sampai la ke puncak. Tempat ni sebenarnya merupakan tempat Putera Raja beristirehat sambil tengok pemandangan Guilin City semasa Dinasti Ming. Eh heran ye Putera Raja Jinjiang ni tak penat ke memanjat? Ye lah memang dengan tangga tapi..... uih naik tu mencanak jugak. Hahaha. Semasa kat atas ni lah satu peristiwa tak boleh lupa kalau kaitkan dengan PRC ni... pengotoq punya olang. Anak nak kencing. Dibukanya seluar dan zussss pancutnya kat pasu bunga yang kebetulan aku kat situ. Choiii.. hish tak de kesedaran sivik langsung. Kan dah bagitau kat papan tanda kat atas tak de toilet so dah remind siap-siap jangan minum air yang banyak. Sebab nanti tak de toilet kat atas. Hahah alihnya... pasu bunga tu kau talakan ye???? Agak-agak la aku kat sebelah. Talakan kat lain le. Sebenarnya sesak gak dok situ. Sesak dengan warga China yang banyak dan bila  mereka dalam kumpulan mak aihhh abis kita. Bukan dia pedulikan kita nak naik ke turun ke, ikut dan depa ja. Aku tau aku mai tempat depa.. jadi sabarkan jelah hati tengok ragam rakyat.      
Well of Foutune (Fuquan) & Couples Tree (Lian Li Tree)

Dragon Claws Tree & Chengyun Palace
Atas Guilin Solitary Beauty Peak
Haaa... ni tangga yang menuju ke puncak. Jenuh kira anak tangga

Sebelum matahari melabuhkan diri kami dah turun dari puncak menghala ke Xicheng Road. Misi kali ni mencari nasik. Alhamdulillah dapat jugak makan nasi akhirnya. Sedap la jugak. Muslim restauran ni betui-betui letak depan Bank Of Guilin dan Bank of China. Dah kenyang then kami balik ke hostel. Aku yang memang dah penat kunun nak keluar gak malam tu. Last-last tak jadik. Penat woi. Zaid yang aku tau... keluar lepak kat Cafe bawah pekena kopi time-time tu. Haha maaflah Zaid aku seharian memanjat tangga bahkan berjalan berkilometer pi balik. Hahah penat leee nak menapak lagi malam-malam. Idak le. Baik aku lena sebab esok makin jauh lagi perjalanan. 

Our meals fo dinner. Sedap!


Inilah kedai makanan halal @ Xicheng Road,Guilin


3 comments:

  1. Baru 10km feesya oiii..pemandu arah suka berjalan kaki nasib la kan..dah la baru turun dri beauty peak jalan lagi g car makanan..nasib la kan saper balasan tinggal aku jauh masa naik gunung datok..naik bukit aku la yg slow...dlm town hai2 bye2 la yer..

    ReplyDelete
  2. hahah....ish bila masa aku tinggal ko kat Gunung Datok. Dah ko tak nak dok depan ahahha. Aku ngn ayu gak dok depan dengan kata semangat abam yusba. :). pandai ye ko. bawak dendam ke China. Ahahha

    ReplyDelete
  3. Cmane nak boleh duk depan korg mcm pelesit...x mampu kot nak kejar.hahaha...mesti...padahal boleh jer nak naik bus...tpi rugi kalau naik bus x merasa budaya dorg yg lebh suka guna kaki...that way org tua2 kat sana x risau kalau jalan kaki...pasal dah biasa...

    ReplyDelete