1.09.2016

Backpackers Ke Guilin 2015 Day 3

Hari ketiga di Guilin... Kami menghala ke The Reed Flute Cave (Lu di Yan). Seawal pagi jam 8.00pagi kami dah keluar menuju ke railway station atas tujuan yang sama seperti semalam. Nak beli tiket dan Alhamdulillah selesai urusan. Banyak urusan dipermudahkan kali ini. Alhamdulillah syukur pada Allah. 

Baiklah, semalam sesak atas bas dengan anak-anak muda. Hari Isnin sesak pulak dengan warga tua. Sepanjang perjalanan atas bas penuh warga tua. Dan apa yang aku perhatikan...warga tua tersebut mengambil peluang untuk berjumpa rakan-rakan tak kisahlah kau tu bongkok tiga ka.. apa pun keadaan masa terluang sanggup naik bas bertemu rakan-rakan. Macam gelagat orang muda dah lagaknya. Positive part yang aku dapat ambil warga tua ini tidak menjadikan "tua" sebagai halangan untuk beriadah dengan sendiri. Bergerak dengan sendiri. Heheh...Kalau di Malaysia, mak mak nenek-nenek kita mana nak ada leisure macam ni. Aku rasa kalau mama masih ada..takdenya aku nak bagi mama naik bas sorang-sorang. Haish ke mana saja baik aku hantarkan. Risau sebenarnya. Dan bila kita di atas bas memberikan laluan kepada nenek dan atuk-atuk tempat duduk..mak aih.. ucap terima kasih nya tu sangat-sangat banyak. Siap dok cakap xiaojie ni baik. Hahah kembang semangkuk sat masa tu. Walhal apa yang kita buat tu bukanlah suatu yang besar. 
Selfie dulu sebelum masuk gua!
Setibanya di sana kami perlu menunggu beberapa  minit untuk dibenarkan masuk ke dalam cave tersebut. Cave ni dalam satu-satu  masa hanya beberapa orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk mengikut guide yang disediakan. Tak boleh masuk tanpa guide ye. Kami dapat guide perempuan. Cindy namanya. Eh betui ka Cindy?? ke Nancy. Aku pun dah lupa. Subhanallah aku suka tgk keadaan dalam gua tersebut. Kita memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyaksikan stalaktit dan stalagmit membentuk dalam perlbagai rupa. Aku banyak berfikir dan bermain dengan imaginasi serta dalam masa yang sama memikirkan proses terjadinya stalaktit dan stalagmit ni. Serius..sebagai seorang pendidik yang mengajar geografi.. aku teruja untuk mengetahui dan mempelajari ilmu alam ini. Minda aku ligat berfikir. Haha macam rasa trip lawatan sambil belajar tau. Belajar menghayati indahnya alam Tuhan serta besarnya Kekuasaan Tuhan menjadikan setiap inci alam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Allah....
Salah satu rimbunan sayur..Nampak sayuran tak?

Jeng3....Isyarat tangan 1Malaysia.
Our tour guide in The Reed Flute Cave

Dalam cave ni ada dua show yang ditunjukkan oleh guide. Aku tengok Zaid bukan main lagi sembang dengan amoi tu. Siap awak-lawak lagi. Hehe.. So tidaklah bosan sangat sebab kami tertawa dengan gelagat amoi yang bahasa inggeris so-so mcm kami. Yang penting confident tu kena ada. Dan di akhir sebelum keluar cave amoi ni siap nyanyi lagi tau. Katanya lagu rakyat Guilin. Nak tgk video show dalam gua tu korang boleh tgk kat facebook aku.
Posing feveret selepas selesai menjengah cave
Tasik itu...tenang selalu..menerima pengunjung tanpa mengira waktu!

Perjalanan seterusnya kami ke Seven Star Park (Qixing Gongyuan). Kali  ni di Seven Star Park aku tetiba feeling something lost masa masuk  masjid. Dibenak teringat arwah mama. Walau jauh di China.. ingatan tetap pada arwah mama. Lagi aku dok menahan lagi tu aku mengalir air mata. Ishh malu sangat aih kat Zaid. Seriussssss wei maafla tetiba perasaan ni terfeeling saat ....tak palah yang baik tak perlu disebut. Diamkan agar tiada siapa yang tahu. Doaku tak putus buat mama sebaik melangkah keluar masjid.

Untuk pengetahuan korang, Seven Star Park ni luas. Dan banyak tempat menarik dalam tu. Ada Camel Hill, Glory of China Squal, Tianquan Lake, Flower Bridge... Eh macam-macam la. Kat Seven Star Park jugak aku jumpa orang kampung. Kecilnya dunia. Kat Sg Petani tak pernah jumpa terjumpa di Guiln. Terkejut jugak sepasang suami isteri berbangsa cina itu bila aku mampu datang ke sini. Dia hairan macam mana aku boleh datang ke sini memandangkan bahasa merupakan satu halangan utama. Aku khabarkan boleh berbicara sikit-sikit Mandarin barulah dia tersenyum kelegaan.


Camel Hill
Glory Of China Squal
Bila cikgu teruja..anak kecik lagi teruja :P
Petang tu sesi menjengah tempat menarik abis awal, so kami lepak cafe bawah hostel, skali lagi aku ambil masa bersendirian... menangis lagi. Uwaaa.. Kali ni tak tau la betui-betui feeling sedih. Aku hadap sungai yang tepi hostel bawak diri. Kenangan demi kenangan bersama mama..dari saat kecik sampai la dewasa sampai la saat akhir mama semuanya bersatu bermain di minda. Aku mampu berdoa agar arwah mama pergi dengan tenang dan hatiku jua mampu setenang air Sungai Li menghadapi liku-liku kehidupan. Zaid? Dia dengan cara dia. Hahah waktu ni aku  tak peduli pun dia. Gamaknya dia layan perasaan gak ka?? Ahhaha entah!

Indahnya bila dua objek bersatu : Sun and Moon Twin Pagodas
Malam tu beria Zaid ajak pi tengok lampu-lampu malam. Gi tengok lampu-lampu kat Sun & Moon Twin Pagodas. Cantik! Di samping meredah Xicheng Road (Night Market). Peh part ni melemahkan sendi lutut oooo.. Ahahha aku bawak CNY  tak lah banyak mana. Haish gusar hati waktu tu takut berbelanja melebihi had. Almaklumlah winter outfit murah! Macam jual baju kat pasar malam tau dak. Akhirnya tergoda jugak beli sehelai. Nasib murah RM60 je, kalau beli kat Malaysia mau tercekik aku RM150++. Tak lama pun meredah tgk suasana waktu malam..sebab masing-masing kena balik mengemas. Esok gerak ke Yangshuo!
Sedang ambik angin dan mood nak shopping. Tengok dulu jap lagi sambar!!

Sesi mengail dah mengena! Hahaha... masa untuk kembali ke Hostel

No comments:

Post a Comment