1.09.2016

Backpackers Ke Guilin 2015 Day 4

Yangshuo... Yangshuo.. pekikan ulat-ulat tepi jalan memang banyak. Aku dah mangli dan tak larat dah nak elak. Dah dikhabarkan tak nak. Dok tanya lagi. Kental kak kental...jangan nak menyembur plak. Nasib baik aku mampu bersabar. Ya... kawan-kawan Day 4 kami bergerak ke Guilin. Naik bas. Tak jauh dari Guilin Riverside Hostel terletaknya Guilin Bus Station dan tak jauh dari sini jugak letaknya Guilin South Railway Station. Dekat-dekat je semua ni supaya senang dan memudahkan pergerakan. Tiket bus ke Yangshuo hanya berharga CNY22 untuk bas ekspress. Perjalanan ke sana kira-kira 2jam 15min. Sebenarnya aku lebih teruja nak ke Yangshuo. Sebabnya dari awal perancangan memang aku terpikat nak ke sini. Rasai suasana countryside. 

Setibanya di Yangshuo, aku dan Zaid terkulat-kulat. Haha.. macam betui-betui luar bandar. Stesen bas ni terletak di Jiangjun Road kira-kira 1.6km dari Wada Hostel in Yangshuo tempat aku menginap. Actually ada dua bus station ye kat sini. Satu bus station untuk long distance satu lagi dalam city yangshuo aje (Pantao Road). Dalam terkulat-kulat nak berjalan atau nak naik teksi aje.. datangla auntie dua orang ajak aku dan Zaid naik motor speda. OMG.. menggigil aku atas motor menuju ke Wada Hostel. Kena pulak Yangshuo baru lepas hujan. Mak kau... membeku.
Siap check in first aktiviti...off course la cycling! Hat ni aku idam dari nak mai dulu lagi. Best oooo....cycling in da winter, dengan suasana sejuk sangat rare. Berpoluh pun idak tau! Dengan cycling kami menuju ke Big Banyan Tree. Sepanjang ke sana banyak kali jugak kami stops sebab sejuk satu lagi mengah. Mau tak mengah..last aku cycle masa study kat upsi dulu. Lepas tu gone. Langsung tak cycle. Rekreasi jarang sekali. Cuma aktif coaching je.                                                                                                                    

Ready to cycle. Lets go babeh!
        
Indahnya alam.. :) Nikmat yang manakah kau dustakan?
Suka tgk bukit batu kapur yang masih terjaga dari noda-noda manusia
                                                                                                                                         
Apa yang boleh aku katakan pengalaman mengayuh sepanjang ke Big Banyan Tree dan Butterfly Spring Park sangat superb! Indahnya alam ciptaan Allah. Tengok bukit-bukit batu kapur megah berdiri di kiri dan kanan jalan. Terfikir sejenak bukit macam ni ada je kat Perak. Kalaulah kita tidak rakus meneroka alam, aku rasa Perak akan ada tempat yang indah walaupun tak seindah di Yangshuo ni. At least ada! Sayangnya...manusia tergamak "merogol alam". Maaf rasanya tu kot perkataan yang aku rasa sesuai buat mereka yang tidak pandai hargai alam.

Sempat melayan buah sebelum masuk ke dalam.Lapar tapi masih
mampu tersenyum
Setibanya di Big Banyan Tree, sempat aku beli buah rambutan. Hahaha.. lapar sebenarnya. Nak mengunyah. Tengok buah je dapat ku makan. Pergh nikmat tak terkata dapat rambutan. Kalau kat Malaysia aku pandang sebelah mata je nih. Maklumlah buah ke memang aku liat nak makan. Sayur tu pun nasib baik antara main course je. Baru terasa... Allah nikmat makan yang tak tersangga.


Dia teguh berdiri..
beratus tahun tanpa rebah ke bumi ~ Big Banyan Tree
Baiklah.. Big Banyan Tree lebih dikenali sebagai beringin merupakan pokok yang berusia beratus tahun sejak dari Dinasti Jin lagi. Masuk ke sini CNY 20. Pokok beringin ini mempunyai ketinggian setinggi 17 meter dan mempunyai akar yang sangat cantik dan berpintal. Kalau aku hidup di zaman dulu mau aje naik boyan sambil nyanyi-nyanyi bawah ni kan. Untung-untung dapat anak raja. Hahaha

Ada jugak bamboo rafting yang menunggu di pinggir sungai tepi Big Banyan Tree ni. Nak naik memikirkan nanti nak naik bamboo rafting kat Yulong River. So apa yang nak tu ku pendamkan aje. Hahaha. Sabar! Masih banyak masa.
Ada temple sebalik sana. Nak bamboo rafting?
Silakan sahaja
Tak lama di sini, kami bergerak mengayuh basikal ke Butterfly Spring Park. Alahai..bertembung dengan rombongan PRC. Huhuhu riuh tak terkata. Sakit kepala pun ada bila ramai-ramai. Macam depa ja yang melawat situ. Kami naik jugak tapi selit-selit di sebalik PRC yang ramai itu. Kalau dok tunggu depa ka....alamat tak lawat le Butterfly Spring Park ni. Sebenarnya kan nak habaq waktu ni sekor pun butterfly tak de. Ke sebab pi waktu winter? Butterfly tak keluar kot waktu ni. Huhuhu.. yang ada local show. Aku cuma tengok sipi-sipi sebelum ambil keputusan untuk balik semula ke hostel rehat sebab pukul 6.30petang dah kena bergerak ke tepian sungai Li River untuk menyaksikan Liu San Jie Performance. Untuk show ni kami booking melalui kaunter Wada Hostel dengan charge sebanyak CNY180 sekali dengan pengangkutan pergi dan balik. 
Salah satu gua dalam Butterfly Spring Park membentuk seperti rama-rama.
Umpama tiang teguh berdiri. Dalam gua ada satu tiang menyokong 
dinding gua dari rebah. Amazing!
Pemandangan dari atas Butterfly Spring Park
Local shows..Agak menarik untuk ditonton
Us with Korean man. :)
Malam tu tepat pukul 6.30petang kami dijemput dengan van untuk ke sungai Li River. Sebelum tu..untuk pengetahuan korang maghrib masuk awai ye kat sini. Pukul 5.30petang dah maghrib. So kira 6.30petang ni dah gelap dah. Usai sampai  di sana kami kena ikut grup yang ditandai dengan number 99. Kebetulan masa nak start show hujan lebat dan kami dibekalkan dengan ponco. Zaid dan aku dapat kawan baru ~ lelaki Korea yang bercuti di China. His Mandarin and English quite good. Nasib baik dia ada. Kalau dak termanggu gak ikut grup China yang langsung tak boleh speak in English. 

Ini aje pic terbaik masa tengok show sebab semua pic hancur
sebab hujan.



Oh ya! Terlupa nak khabarkan Liu San Jie Performance ni dipersembahkan di atas air. Ya... pentasnya merupakan SUNGAI iaitu Sungai Li. Terpesona seketika melihat persembahan mereka. Walaupun kurang faham bahasa mereka tapi melalui penceritaan dapat jugak klu apa yang mereka persembahkan. Sangat superb! I love the show.. terfikirkan macam mana mereka bersatu tenaga melakukan semuanya di pentas air. Waktu winter pulak tu. Sejuk. Sesejuk kami di atas podium menyaksikan mereka sambil disirami air hujan. Nak tgk sedikit video tu? Korang boleh klik sini. Usai persembahan kami bergerak balik ke hostel. Dan.....waktu inilah..aku tercicir sesuatu! Hmm nampaknya glove tu jadi kenangan la. Atau maksudnya aku akan kembali ke sini? Aha..nobody knows. 


No comments:

Post a Comment