2.19.2016

Jejak Pattaya Thailand 2016 Day 1

Hello peeps. Well kembali bersiaran. Sesi travel ke luar negara 2016 kali ni start dengan Pattaya, Thailand. Actually trip ni aku rancangn nak pergi ngan buddy travel Zaid. Tapi apakan daya haha..nak pi sorang pastu tergerak eh kang nanti tak syok. So aku ajak lah sapa-sapa nak ikut kat grup. Akhirnya Seri berjaya diracun. Haha. Yeayy aku ada kawan travel. Best-best!

Tiket voucher dari Hatyai - Hua Lamphong yang dibeli secara online
Okay..perjalanan kami bermula di Sungai Petani. Tanggal 6 Februari langkah dimulakan. Alhamdulillah perjalanan lancar je. Sp-Hatyai. Dalam pukul 11 lebih waktu Malaysia. Sampailah kami di Hatyai. First of all sebaik ja tiba kat Hatyai Railway Station..aku tuju Parcel Office. Sebabnya nak tuntut tiket yang aku dah beli online dekat web https://12go.asia/. Aku decide beli tiket secara online sebab memikirkan CNY. Takut tiket abis weih. Kalau tak sblm ni aku main taram je hahha beli tiket kat kaunter. Atas nasib jugak. Tapi tak perlu risaulah. Dari Hatyai ke Bangkok tak silap aku ada 5 train. Pilih waktu je. Nak pagi?Petang?Malam? Terpulang pada kehendak masing-masing. 


Usai sahaja dapat tiket, aku ajak Seri letak dulu beg kat Left Baggage kaunter. Satu  beg dikenakan cas sebanyak 40THB ye. Then kami mengorak langkah mencari makan tengahari sementara nak tunggu train pukul 3.45pm waktu Thailand. So jalan-jalan lah kami di Hatyai..jelajah setiap lorong. Untuk pengetahuan semua, aku penah jengah Hatyai sebelum ni tp ingat-ingat lupa jalannya. Nasib ada mulut dan ada GPS. Kalau teragak dengan GPS..Tanya je pakcik2 taxi motor tu. Restoren Hamid yang kami jengah tu pun selepas tanya pakcik-pakcik  bawak tuk tuk je. Makanan kat Hamid Restoren quite expensive la. Satu lagi kalau order nasi goreng seafood/udang/ayam/daging... nasi digoreng sekali. Bezanya letak lauk kat atas. Huhu rasa sama jek..Pasrah je lah sbb lapar. 

Kami kembali semula ke Railway Stn. Dalam perjalanan tu sempat lagi rembat pulut ayam buat bekal atas train. Lepak-lepak kat train stn. sampai lah naik train. Opsss sebelum tu.. oleh sebab mata aku jenis meliar je memandang..So nampaklah dua minah berbaju kurung. Dok selfie-selfie kat train stn. Dalam hati "eh org malaysia. Berbaju kurung??Tak susah diri ke kak beg berat-berat. Travel jauh-jauh dah kena control ayu". Jahat gak mulut ni ye. Ye lah dah jd viral kot kat BBM si gadis dan mak mak travel pakai baju kurung. Hehehe..kalau aku setakat selfie je kot aku nak pakai. Buat rare sket dok padang pasiaq pakai baju kurung. Tapi kalau Hatyai..alahai bersepah je org Malaysia. Tak hairan dah dema tu kot sbb bukan rare dah. Haha.. So mata aku memandang je dari kejauhan gelagat mereka. Sebenarnya terdetik jugak nak menegur hehe. Nak pergi mana awak? Tapi terkubur macam tu saja sebab penat tunggu train yang delay hampir sejam. Macam-macam aku ngn Seri sembang nak bagi ilangkan bosan. Lastly tepat jam 4.45pm+ kami bertolak ke Bangkok. 

Ha...nilah cik kak tu.. Santek dan ayukan berbaju kurung.
Opss ii tercilok pic kat owner. Haha..Waktu ni aku perhati je kau!hehe

Kebosanan menunggu train yang delay tapi masih mampu tersenyum

Model sedang menghayati alam..kehijauan sepanjang perjalanan
menaiki tren Hatyai-Bangkok, bhabhabha


No comments:

Post a Comment