2.20.2016

Jejak Pattaya Thailand 2016 Day 2

Hari kedua, hoooyeii masih lagi dalam train. Malam semalam lena awal atas train. Pastu sekejap-sekejap terjaga. Nyenyak actually..bila terjaga aku slalu selak tirai "Bila nak cerah ni" haha nampak benar tak sabarkan nak sampai Bangkok seterusnya ke Pattaya.


Selamat pagi Malaysia.. Waktu ni blom mandi ye :P

Kami tiba di Hua Lamphong, Bangkok seawal jam 10 pagi kalau tak silap. Turun je dari train langkah diatur terus ke toilet. Ha....apa lagi nak shower la. Ikut nak je lajak dari Bangkok terus ke Pattaya dengan tak mandi. Tapi memikir sampai petang. Erk..tak naklah aku. Dalam dok nak sibuk shower tu la aku terserempak dengan cik adik berbaju kurung tu. As usual aku ramahkan diri menegur. Haish...memang aku ni peramah betui. Haha eh ye ke? Baru ku tahu mereka menuju ke Pak Chong? Erk...xpasti apa yang diorang sebut. Lagipun dok kalut nak masuk mandi kan.
Tada.. Cik kakak2 berbaju kurung. Kami sempat berkenalan gitu :)

Usai je bersihkan diri baru leh bergerak utk mencari sarapan. Tak de lah sarapan sgt kat Hua Lamphong tu. Kami lepak-lepak dengan adik-adik berbaju kurung td. Aisyah dan Ain namanya. Bersembang sekejap ttg diri dan haluan masing-masing. Ohoo.. baru ku tahu org medical rupenya. :) Train diorang seterusnya pada pukul 11 lebih. Manakala kami plak perlu bergerak ke Ekkamai. So selepas sarapan kami berpisah ikut haluan dan tujuan masing-masing.


Aku dan Seri bergerak ke Hua Lamphong Metro Station. Ni lah pertama kali aku guna MRT dan BTS, Thailand. Sangat efficent dan cepat. Untuk pengetahuan korang, maklumat tentang MRT/BTS ni mcm mana nak beli ticket dan sebagainya..aku bertanyakan salah sorang kawan kat grup wasap TSR. Tak ingat siapa namanya. Tapi thanks la.. sbb berpandukan maklumat tu aku main taram je ikut. Baca gak sket-sket dan aku sempat download apps Trainsity Bangkok (dalam handset) utk mengetahui akses line MRT/BTS ni. Tak perlu susah tanya soalan kat BBM. Yang penting kita cari dulu dalam internet. Banyak aih.. La i semua di hujung jari.
BTS Sukhumvit Line

Tiket ke Pattaya. Harganya lebih kurang RM11 gitu dalam 21/2 jam perjalanan
.Sapa kata travel kena kaya? Naik teksi limo memang le mahai. Cuba guna bas.

Dari MRT Hua Lamphong, kami terus ke stesen Sukhumvit yang merupakan interchange station antara MRT dan BTS. Kos hangus kat sini 28THB. Kemudian terus amik BTS ke Ekkamai menghala ke Bearing Line. Kos hangus sini plak 25THB. Tak susah pun sebenarnya bila tahu menggunakan kemudahan yang ada. Sebaik sahaja sampai Ekkamai kami terus grab tiket ke Pattaya. Harga tiket dari Ekkamai ke Pattaya plak 115THB.

Sebaik bas bertolak aku mula layan kepala. Haha apa lagi....Lena la. Sampai sahaja Pattaya. Pergh blur sekejap. My internet data sekejap ok sekejap tak bila gunakan googlemaps. Entah ke mana di bawanya aku dan Seri, Puas berjalan sudahlah dengan usung beg yang gedabak itu. Tapi blom berputus asa lagi. Bila hilang signal cari lagi then redah. Sampai lah aku fikir.. eh pukul berapa nak sampai hotel ni. Asyik sesat ja. Keputusan diambil bersama untuk naik taxi motor. Korang nak tau time ni..nak pakai helmet pun aku dah tak reti pakai haha. Penat sama ekceli. So pokcik taxi motor tu plak sarungkan helmet mcm ayah pakai ke anak helmet tuh. Hihi..Berbekalkan alamat dalam apps Booking.com aku pun unjukkan pada pokcik tuh. Fuh selamat sampai. So charge taxi motor ni depend ye aku kena charge 40THB.
Kusyuk..sedang menunjukkan arah pada taxi motor
(Crdt : Photo by Seri)
Hotel kami terletak di Soi Buakhao. (Crdt : Photo by Seri)
Check in sahaja dan kaki menjejak ke bilik macam nak lena. Hahha dah dapat katil tapi tak jadik lena plak. Dok hadap ke handset. Aku dan Seri rehat dulu then kami decide after Maghrib baru la keluar makan...Jalan2 tempat yang nak di tuju. Then tempat last kata Seri jom lepak HRC. Aku on kan aje. Sebabnya tak nak duduk lam bilik.

Nightlife at Pattaya
Lepas Magrib kami atur langkah meninjau Pattaya di waktu malam. Ramainya umat. Kiri kanan macam yang aku tengok..penuh dengan pelancong. Dan ada gadis-gadis yang bersidai menunggu pelanggan untuk massage service. Well budaya mcm ni tak terkejut dah sebab Thailand terkenal dengan massage. Dan aku juga membaca banyak blog berkaitan Pattaya sebelum datang ke sini. And "that" industries dah jadi industry service yang dibenarkan oleh kerajaan. So tetapkan diminda nak melawat atas dasar apa? Teruskan sahaja.

Dalam dok berjalan tetiba Seri ajak sewa motor. Ok. Sewa dikenakan charge sebanyak 220THB utk sehari. 1000THB untuk deposit. Dan 40THB utk duit minyak. Mula nak sewa tu pulun aku cakap English. Pokcik tu plak tanya "dari Indonesia ke?" Waktu ni aku pun tak heran bila dia tanya macam tu sebab web/blog yang aku surf tentang travel ke Pattaya ni banyak dipost oleh blogger Indonesian. Payah nak cari Malaysian blogger yang post pasal Pattaya.Tak glamerkah Pattaya??? So pahamlah aku kalau dia tanya dari Indonesiakah? Pokcik ni bleh cakap melayu tau tapi cakap melayu style Kelantan. So aku pun apa lagi...al maklumlah sebelum ni kawan aku ramai ore Klate. Aku pun bantai kecek Klate. Biarlah bunyi macam Siam sket pun..aku kan dah kat Siam. Hehe


Juadah makan malam yang serba ringkas tapi sedap!
Dah siap sewa sesi melenjan skuter ni dengan Seri menjadi penunggang aku membonceng. Sejam jugak kami pusing cari kedai makan halal. Tak susah tapi yang menyusahkan adalah kerana googlemaps. Internet tak kuat. So pasrah je lah. Akhirnya dapat jugak makan. Usai makan kami terus ke Garden Park Royal Shopping Centre untuk menjengah Ripley's Believe It or Not. Dalam ni kami sempat amik pakej merangkumi Ripley's, 12D Moving Theater (hok ni best..terjerit aku ngn Seri dalam panggung tu) dan cover jugak Louise Tussaud's  Waxworks. Kos hangus di sini hampir 800THB gak la. Ralit dibuatnya sampai lupa waktu operasi tamat bila dok dalam nun sehinggakan kami dijemput keluar. Ala-ala orang kehormat gitu haha.

Next destination, Seri ajak lepak kat HRC. Nak jengah Rock Shop katanya. Aku yang memang tak nak shopping terjebak sekali setakat beli tshirt putih yang berharga 350THB. Dalam dok kata tak mau shopping tu... Kami layan band sampai lewat pagi pukul 1. Yang bestnya ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa vokalis sempat menyumbangkan lagu utk ours sexiest ladies. Muahaha. And that band from Bali uolls... Enjoys! Layankan pic menarik yang aku sempat amik di bawah. Da..
Nampak ayu benau kan orang belakang aku tuh!

The Greatestglutton, Roman Emperor Vitellius

My weight on the moon. 5.5kg. How about you?

Two head water snake, found in South Carolina. Ini asli yerp!

He's sitting on the needles. Aku tak ingat siapa...

Berangan-angan macam Harry Porter

Gotcha.. u have been caught by him
The sexiest girl..hahah no lah this is Britney Spears.
Tapi xmacam Britney kan?
Setelah puas meredah, tiba masanya mengopi di HRC, Pattaya
sambil melayan band.
Jejak Pattaya Day 3

No comments:

Post a Comment