2.20.2016

Jejak Pattaya Thailand 2016 Day 3

3rd day kami berdua bergerak jauh sikit dari Pattaya City. Naik motosikal dengan Seri mengharungi jalanraya dan lebuhraya Pattaya sedikit sebanyak menggerunkan aku. Dah lama aku tak bonceng ataupun menunggang motosikal sebenarnya. Hampir 3 tahun. Pagi tersebut kami menghala ke arah selatan Pattaya atas sikit je dari Jomtien Beach bagi menuju ke destinasi seterusnya Pattaya Floating Market. 
Enterence berbayar Pattaya Floating Market
Setelah hampir 10 kilometer, kami tiba di destinasi. Rupanya ramai pengunjung di sini. Penuh dengan bas dan van-van pelancong. Kos masuk ke sini boleh dikira mahal. Entrence fee + boat rowing mau kena 800THB. So kami decide hanya nak  melawat sahaja atas pelantar tanpa rowing boat. Itu pun dah memadai. Banyak kedai atau gerai kecil yang menjual beraneka juadah makanan hatta souvenio. Sempat aku Sejarah Negara Kedahmeninjau one of the seller with crocodile yang dah mati on the rooftop sampannye. Bila aku mendekat dia terus offer " satey buaya". Adeh geli geleman dah tengok makanan eksotik ni. Baunya menyengat.  
Nampak tak  buaya atas bumbung sampan tu? 
Model dari Penang beraksi di Pattaya 
This is alive ye. Bukan wax. Sebijik kan?

waktu ni aku terkial-kial sebab dia pegang erat. Haish
Model Sungai Petani in action.. haha
Hampir sejam lebih kami melepak di sini sambil makan dan berbelanja membeli cenderahati..barulah kami bergerak ke tempat seterusnya, Nongnooch Tropical Garden & Cultural Village. Tak jauh dari Pattaya Floating Market. Cuma garden ni kena masuk dalam sikit dari jalan besar. Sepanjang perjalanan di lebuhraya, aku perhatikan di kiri kanan banyak atrractions yang ada. Ada Waterpark Pattaya Cartoon Network, Pattaya Cart Speedway. Macam-macam lagilah.


Banyak bonsai yang cantik, cantik jugak yg dok posing tu!Perasan jap
Enterence fee bagi Nongnooch Tropical Garden adalah sebanyak 800THB termasuk sekali dengan Thai Culture Show + Elephant Show. Dan ada waktu-waktu yang ditetapkan untuk dua-dua show ni. Dalam culture show banyak seni tarian dipersembahkan bagi setiap daerah di Thailand. Aku tertarik bila meliHatkan persembahan dari selatan Thailand. Jelas menampakkan budaya melayu di situ. Saat tu aku teringat lagu zapin joget pernah terdengar di Dataran Krabi yang ada Mr. Crab tu. Yaaa.... nampaknya boleh kaitkan sedikit dengan Sejarah. Teringat sejarah Kedah Tua/Lama...Eh tetiba aku bangga dok Kedah. Nak tau negara Kedah baca web ni Sejarah Negara Kedah
Antara Thai Culture Show..Nice.

Sebelum tgk elephant show bergambar dolu

Sayu kan mata elephant ni?
Young elephant sedang beraksi. Dont they should be in da forest?
Usai Thai Culture Show kami beralih pula ke gelanggang bagi melihat elephant show. Cuma time ni aku ralat sikit. Sebab bermain diminda... pernah terbaca kat web tentang binatang ini didera. Trained elephant. Owh apakah? Aku rasa ralat sgt. Sambil melihat show aku perhatikan setiap gajah-gajah ini..baik yang tua atau yang kecil.. Mereka melakukan di luar normal seekor gajah bagi menghiburkan manusia. Ralat lagi. huhuhu...And thats why aku kurang sikit kalau show gajah, show melibatkan binatang ni. Macam-macam bermain di minda. Dan.....aku banyak berfikir sampai kadangkala Seri selalu kata "Kak Sya whats wrong with you?" keesokannya. Berserabut. Hahha... Aku lihat ada jugak Che Rimau yang terlantar tidur atas pentas. Dan aku pasti harimau tersebut diberi ubat penenang. Huhuhu ralat lagi tau..sebab secara tak langsung aku support benda-benda gini. Tapi abaikan je lah. Dah berlalu. Selebihnya aku dan Seri melayan amik pic. Posing sana sini sebelum pulang ke sarang. Yuhuuu...esok snorkeling. Rest mau kena cukup kay! 
Antara spot cantik untuk bergambar. Comelkan?


Menggapai jauh lebih tinggi

Yaribba... haha aku dah berjaya menundukkan sekor.



Fefeeling macam ayu manis jap

Umpama berada dalam cartoon series. Tapi versi nyata. I love it!




No comments:

Post a Comment